Blogger Widgets Teknologi 'Wireless' Mewujudkan Komuniti 'Siber': 'WIRELESS' di NBD

'WIRELESS' di NBD



INDUSTRI TEKNOLOGI INFO-KOMUNIKASI (AITI)


Di Negara Brunei Darussalam, segala yang berkaitan dengan ‘wireless’ mestilah didaftarkan kepada pihak berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI). AITI adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab untuk membuat peraturan radiokomunikasi dan telekomunikasi, membuat perancangan spektrum frekuensi radio dan pengurusan serta pembangunan industri ICT. AITI telah ditubuhkan pada 1hb Januari 2003. Perintah AITI 2001, ia adalah berfungsi sebagai pengawal selia industri telekomunikasi, pengurus prektrum frekuensi radio kebangsaan dan pemaju industri ICT di Negara Brunei Darussalam. 
 

Pada 1 April 2006, Syarikat Pengganti Telekomunikasi 2001 dan Perintah Telekomunikasi 2001 telah dikuatkuasakan. AITI berkoloberasi dengan Jabatan Telekom, Kementerian Perhubungan untuk menjadikan Telekom Brunei Berhad (TelBru) sebuah syarikat swasta yang  berkuasa mengawal pengarahan Telekomunikasi. Sebelum ini, Jabatan Telekom melakukan fungsi dwi pengatur dan pembekal perkhidmatan.


Pada 26hb April 2012 yang lalu, oleh kerana peningkatan dalam trafik data, permintaan bagi jalur lebar telah berkembang bagi kedua-dua teknologi berwayar dan tanpa wayar. Ini adalah disebabkan oleh pelbagai aplikasi, perkhidmatan dalam talian dan pada masa yang sama peningkatan dalam bilangan pengguna di Negara Brunei Darussalam. Maka Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Info-comm Lembaga Pembangunan Singapura (IDA) dan Komunikasi Malaysia dan Suruhanjaya Multimedia (SKMM) telah bekerjasama dalam penyelarasan spektrum antara tiga negara dan untuk menampung spektrum masa depan keperluan bagi radiokomunikasi perkhidmatan. Melalui koloberasi ini, ketiga-tiga negara telah mencapai harmonisasi spektrum frekuensi radio untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih dengan menandatangani Rekod Hasrat (ROI) pada pelan Sub-band 2500 MHz - 2690 MHz frekuensi band untuk Mobile Perkhidmatan Wireless Broadband Access.

 

Lesen peniaga diperlukan bagi pengimportan dan bekalan, jualan telekomunikasi dan kelengkapan radiokomunikasi. Lesen peniaga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasu Brunei Darussalam (AITI). Jenis lesen peniaga yang diperlukan bergantung kepada jenis peralatan yang perlu diimport.

 

Ini dapat dilihat seperti AITI yang memproses tiga jenis Lesen Peniaga dan dua Lesen Peniaga iaitu ‘Dealer Telecommunication Equipment’ dan ‘Dealer Radiocommunication Equipment’  (DTQ dan DRQ) dikeluarkan dan dibenarkan oleh AITI manakala Dealer Satellite Equipment’ (DSQ) diproses oleh AITI dan diberi kuasa oleh Unit Penyiaran Kementerian Perhubungan yang dahulunya dibawah kuasa  Jabatan Penyiaran Jabatan Perdana Menteri.

 

Telekomunikasi ialah merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer. Contoh telekomunikasi manusia ialah:

·         Telegraf

·         Telefon

·         Radio dan Televisyen

·         SMS

·         3G (Generasi Ketiga)

·         Internet

·         Internet tanpa wayar (Wifi)

·         Radio Amatur


Majoriti sistem perhubungan ini adalah dalam bentuk media elektronik. Misalnya Telefon merupakan sistem perhubungan yang utama dalam kehidupan seharian. Ia memudahkan kita dalam melaksanakan kerja serta mudah dibawa ringan, kecil dan mempunyai pelbagai guna. Telefon jenis ini dapat menghantar pesanan mesej ringkas dan menelefon dari jarak yang jauh tanpa menggunakan wayar. Ada juga beberapa jenis telefon yang membolehkan video, audio dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke computer peribadi, termasuklah computer raba. Internet pula ialah satu jaringan atau rangkaian computer gergasi yang menghubungkan seluruh dunia. Internet menawarkan laman web atau laman sesawang yang memaparkan teks bersama-sama dengan visual dan audio. Seterusnya, televisyen pula ialah penyiaran gambar bergerak beserta bunyi menerusi kabel atau udara atau skrin pada kaca televisyen.

 

Manakala, sistem radio komunikasi menghantar isyarat melalui radio. Jenis-jenis sistem radio komunikasi dikerahkan bergantung kepada teknologi, piawaian, peraturan-peraturan, peruntukan spektrum radio, keperluan pengguna, kedudukan perkhidmatan, dan pelaburan. Peralatan radio yang terlibat dalam sistem komunikasi termasuk sebuah pemancar dan penerima, masing-masing mempunyai peralatan antena dan terminal yang sesuai seperti mikrofon pada penghantar dan pembesar suara pada penerima dalam sistem komunikasi suara.

 

Kuasa yang digunakan di stesen pemancar adalah berbeza-beza dan ia bergantung pada jarak komunikasi dan syarat penghantaran. Kuasa yang diterima di stesen penerima biasanya hanya sebahagian kecil daripada keluaran pemancar, kerana komunikasi tersebut bergantung kepada menerima maklumat, bukan tenaga, yang telah dihantar.
 

 



Rajah di atas ini menunjukkan bagaimana proses radio komunikasi berfungsi. Maklumat seperti bunyi bertukar kepada isyarat elektronik yang digunakan sebagai penghantar. Pemancar pula menghantar maklumat melalui ruang pada gelombang radio (gelombang elektromagnet). Seorang penerima memintas beberapa gelombang radio dan ekstrak isyarat pembawa maklumat elektronik, yang ditukar kembali kepada bentuk asalnya oleh transduser seperti speaker.
 
JENIS-JENIS LESEN

 
Jenis-Jenis lesen yang diproses oleh pihak AITI :
  
(a) Dealer Telecommunication Equipment (DTQ)
Jenis lesen ini, peniaga boleh mengimport dan menjual atau membekal peralatan telekomunikasi seperti telefon bimbit dan ‘broadband’. Ia diproses oleh pihak AITI dan merupakan hak cipta AITI
 
(b) Dealer Radiocommunication Equipment (DRQ)
Lesen jenis ini, peniaga boleh mengimport dan menjual atau membekal peralatan radiokomunikasi seperti telefon bimbit dan ‘broadband’. Ia diproses oleh pihak AITI dan juga merupakan hak cipta bagi pihak berkenaan.
                                       
(c) Dealer Satellite Equipment (DSQ)
Jenis ini pula peniaga atau pembekal boleh menjual atau membekal peralatan satelit seperti ‘receiver’ satelit dan set Kristal Astro. Ini juga turut diproses oleh pihak AITI tetapi menjadi hak cipta Unit Penyiaran Kementerian Perhubungan.

 

Selain AITI, Data Stream Technology (DST Com) merupakan salah sebuah syarikat swasta yang menawarkan  pelbagai perkhidmatan mudah alih, jalur lebar dan penyiaran. Datastream Technology Sdn Bhd adalah syarikat induk yang menyokong operasi Kumpulan Subsidiari. Anak Perdana DST, DST Communications Sdn Bhd (DST) yang menyediakan perkhidmatan mudah alih di negara ini untuk 2G, 2.5G dan 3.5G dalam menyediakan Jalur Lebar Mudah Alih di rangkaian jalur lebar HSPA mampu menyokong kelajuan muat turun sehingga kepada 14.4Mbps. Ia telah mencapai satu lagi kejayaan dalam menyediakan perkhidmatan Blackberry. DST juga menyediakan portal perkhidmatan mudah alih untuk pelanggan.

 

DST juga menawarkan satu cara yang menarik iaitu dapat menggunakan khidmat internet pada bila-bila masa dan dimana jua. Ia adalah Teknologi 3.5G iaitu produk mereka yang dipanggil ‘Go! Broadband’. Ini adalah jalur lebar yang menggunakan teknologi terkini  3.5G atau juga dikenali sebagai HSDPA iaitu kelajuan tinggi akses paket pautan turun, yang membolehkan anda untuk mengakses internet tanpa wayar dengan kelajuan muat turun sehingga 7.2Mbps. Ia tidak lagi perlu menunggu untuk talian tetap untuk dipasang, semua yang diperlukan adalah USB Modem yang disambung ke komputer dan anda tidak akan ada terhad untuk mengakses jalur lebar. Ia juga boleh digabungkan dengan USB Modem, Router dan komputer riba. Go! Broadband modem USB adalah penyelesaian bagi pengguna Internet yang sentiasa bergerak. Ia hanya perlu disalurkan dengan kad SIM ke dalam Modem USB dan hanya disambungkan terus ke dalam komputer riba atau desktop dan ia akan mengakses Internet dalam masa yang singkat.

 

DST juga mempunyai router wayarles 3G iaitu Ericsson W25 yang mana ia adalah pilihan ideal untuk menyambungkannya ke komputer riba dan komputer desktop serta talian telefon tetap. Router ini juga boleh memberi kelajuan tinggi akses internet jalur lebar dan membuat atau menerima panggilan suara secara serentak.

  GO!broadband USB Modem
Ericsson W25 Router
 


TelBru pula ialah salah sebuah syarikat yang baru menjadi syarikat persendirian. Dalam usia syarikat yang masih muda, ia menawarkan akses baru Internet dan perdagangan elektronik, yang mana permintaan bagi kelajuan penghantaran data yang tinggi atau jalur lebar meningkat. Oleh itu, TelBru menawarkan perkhidmatan komunikasi data yang menggunakan variasi kelajuan yang menyumbangkan kelajuan yang lebih tinggi bagi pengguna Brunet. Produk Wi-fi dari ini dipanggil ‘E-Speed’. E-Speed ialah satu teknologi yang boleh mengembangkan jalur lebar yang mana boleh digunakan untuk menyampaikan komunikasi data berkelajuan tinggi pada kadar sehingga berkelajuan 8Mbps.

 

Syarikat terbaru yang menawarkan perkhidmatan broadband wi-fi ialah B-Mobile Communication Sdn Bhd. B-Mobile Communication Sdn Bhd mula ditubuhkan pada Februari 2005. Syarikat ini adalah syarikat usahasama Telekom Brunei Berhad (Telbru) dan QAF Comserve. Pada September 2005, B-Mobile menjadi pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih 3G pertama di Negara Brunei Darussalam. Malah pada bulan March 2008, syarikat ini sekali lagi menjadi syarikat pertama yang melancarkan rangkaian 3.5G di Brunei Darussalam.
 

B-Mobile mempunyai dua jenis perkhidmatan jalur lebar iaitu :

1.      ZOOM! Broadband.

2.      YES! Zoom Broadband.
 

Perkhidmatan ini menggunakan jalur lebar B-Mobile 3.5G berkelajuan tinggi dalam perkhidmatan internet. Walaupun banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar tetapi ia masih mempunyai tujuan yang sama iaitu menyambungkan internet atau wi-fi dengan menggunakan broadband.
 

PERBANDINGAN ‘WIRELESS’ DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DENGAN NEGARA LUAR

 
Seperti beberapa pendapat pengguna di Negara Brunei Darussalam, hampir keseluruhan pengguna mengatakan bahawa teknologi ‘wireless’ di Negara ini adalah kurang memuaskan bahkan ada sedikit yang membezakannya dengan Negara luar. Ini jelas memperlihatkan bertapa teknologi ‘wireless’ di Brunei jauh ketinggalan daripada Negara-negara jiran.



Adapun taraf kelajuan jalur lebar antara Brunei Darussalam dan Malaysia adalah sangat ketara. Misalnya, kesemua syarikat yang menawarkan perkhidmatan Broadband Wi-Fi di Negara ini hanya menggunakan kelajuan sehingga 7.2Mbps sahaja. Walhal di Negara lain umumnya Malaysia, mereka menawarkan kelajuan sehingga 14Mbps. Ini justeru memperlihatkan bahawa penggunaan dan kemudahan wi-fi di negara luar adalah lebih maju berbanding dengan  Negara Brunei Darussalam.

 
Selain daripada itu, jika dibandingkan perkhidmatan ‘wireless’ di Brunei Darussalam dengan Negara eropah misalnya Amerika Syarikat, ruang perbezaannya lebih besar dan meluas. Amerika Syarikat mengiktiraf dirinya sebagai dunia ‘wireless’ di muka bumi kerana kecanggihan dan kemodenannya dalam teknologi ‘wireless’. Buktinya Amerika Syarikat mempunyai kelajuan sehingga 5 GHz yang boleh diakses dimana jua dan pada bila-bila masa meskipun dikawasan yang lapang. Hal ini setentunya sangat mengagumkan seluruh dunia. Dalam pada itu, perbezaan teknologi ‘wireless’ di Negara ini dengan Negara luar seperti Malaysia dan Amerika Syarikat adalah sangat besar. Dari itu beberapa inisiatif dan usaha perlulah dipertingkatkan oleh pihak yang berkenaan.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan