'Wireless’ adalah satu teknologi moden yang tercanggih di abad ini.
Ia mampu mewujudkan pelbagai jenis komuniti dalam pelbagai peringkat usia yang
menjadikan ‘wireless’ sebagai kaedah yang paling utama. Secara konsepnya,
teknologi ‘wireless’ dapat dibahagi dalam dua kategori iaitu untuk tempatan dan
untuk kawasan yang luas. Peralatan yang termasuk dalam kategori pertama
misalnya adalah alat kawalan jauh, telefon cordless,
peralatan mainan dengan radio control
atau rangkaian wireless. Manakala
bagi kategori kedua, diantaranya ialah pager,
telefon selular, PDA dan sebagainya.
Bagi Negara Brunei Darussalam sendiri, penggunaan ‘wireless’ adalah
sangat tinggi. Ini berdasarkan kaji selidik yang dikumpulkan yang mana
rata-rata keseluruhan peringkat umur menggunakan ‘wireless’. Mereka menggunakan
‘wireless’ dengan menyambungnya melalui kaedah ‘broadband’ yang ditawarkan oleh
sebahagian syarikat swasta di negara ini.
Namun di sini pengkaji
memfokuskan kepada komuniti ‘siber’ yang berusia 18 tahun ke atas. Komuniti
tersebut menjadikan ‘wireless’ sebagai kaedah yang paling penting. Penggunaan
‘wireless’ dikalangan komuniti ‘siber’ ini sangat meluas namun majoriti
penggunaannya adalah melalui rangkaian sosial yang meliputi facebook,
twitter, google, gaming dan youtube. Jelasnya ‘wireless’ itu mampu
mewujudkan satu komuniti misalnya komuniti ‘siber’.
Walaupun begitu, teknologi ‘wireless’ di Brunei Darussalam masih di
tahap rendah kerana perkhidmatan ini masih memerlukan banyak peningkatan dari segi
perkhidmatan rangkaian (network service).
Meskipun begitu sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan ‘wireless’ di Negara
Brunei Darussalam telah mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan atau
menaiktarafkan lagi perkhidmatan mereka supaya pelanggan merasa puas hati
dengan perkhidmatan yang ditawarkan serta bagi menselarikan teknologi Negara
Brunei Darussalam dengan Negara luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan