Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, ‘Wireless’ adalah teknologi moden tanpa
kabel. Ia melibatkan hubungan telekomunikasi dengan menggunakan gelombang
elektromagnetik sebagai pengganti kabel. Kini ‘wireless’ semakin berkembang
maju dan penggunaanya semakin meluas khususnya di negara-negara Asia dan
Eropah. Kebiasaannya 'wireless' digunakan untuk akses internet bagi melayari pelbagai bidang
ilmu pengetahuan. Umumnya ‘wireless’ ini sangat penting bagi kegunaan manusia
sehingga wujud beberapa istilah yang mengatakan bahawa hidup tanpa ‘wireless’
adalah tidak bermakna. Jelasnya, dunia moden masa kini menyebabkan manusia dan
‘wireless’ itu tidak boleh dipisahkan dan kedua-duanya saling berhubung serta
memerlukan antara satu sama lain.
DEFINISI KOMUNITI
Definisi "komuniti" digunakan
dalam pelbagai jenis konteks. Bagi pandangan ahli biologi, komuniti ialah
beberapa individual sama atau berlainan spesies yang hidup bersaing dan
bekerjasama dalam membentuk suatu kelompok yang lebih besar. Manakala konsep Komuniti adalah sebuah organisasi sosial yang diwujudkan
oleh sesebuah komuniti di sesebuah kawasan secara sukarela sebagai saluran
perkongsian sumber maklumat, idea dan pendapat dalam usaha melibatkan diri
dalam program-program pembangunan kerajaan secara aktif dan berkesan.
Sebuah komuniti bukanlah hanya terhad kepada kelompok
individu manusia sahaja. Ia juga merangkumi kelompok organisma yang dipunyai
oleh dan menjadi sebahagian daripada budaya, yang terbentuk daripada interaksi antara
manusia serta kesemua yang dipelajarinya. Terdapat enam dimensinya iaitu
teknologi, ekonomi, politik, corak sosial (interaktif), nilai dan kepercayaan
yang dikongsi (ideologi) dan konsep. Ia diwarisi melalui pembelajaran dan bukan
keturunan.
Walaupun banyak
persoalan dan definisi yang diberi, soalan utama dalam komuniti ialah di
manakah komuniti bermula dan di mana pula komuniti berakhir? Komuniti
melibatkan kaitan dalam kalangan ahlinya yang memiliki unsur-unsur yang sama.
Bagaimanapun, komuniti memiliki persamaan dan perbezaan supaya dapat membina
hubungan yang saling bergantungan sesama sendiri.
Bagi membezakan komuniti, sempadan yang berbentuk fizikal adalah petunjuk jelas. Umpamanya penggunaan facebook memberi erti kepada ahli komunitinya. Sebaik sahaja facebook tersebut muncul maka ahlinya akan cepat memahami dan menangkap maksudnya. Namun facebook itu tidak akan menjadi suatu kepentingan bagi komuniti lain selain komuniti facebook tadi. Ini kerana komuniti selain komuniti facebook itu tidak memiliki keistimewaan yang ada pada ahli berkenaan. Begitu juga dalam komuniti 'siber' yang akan diterangkan kemudian. komuniti 'siber' itu akan berada dala satu kawasan yang mengandungi dua atau lebih pengguna 'wireless' yang mempunyai motif yang sama iaitu menggunakan 'wireless' bagi kegunaan akademik dan sebagainya.
Bagi membezakan komuniti, sempadan yang berbentuk fizikal adalah petunjuk jelas. Umpamanya penggunaan facebook memberi erti kepada ahli komunitinya. Sebaik sahaja facebook tersebut muncul maka ahlinya akan cepat memahami dan menangkap maksudnya. Namun facebook itu tidak akan menjadi suatu kepentingan bagi komuniti lain selain komuniti facebook tadi. Ini kerana komuniti selain komuniti facebook itu tidak memiliki keistimewaan yang ada pada ahli berkenaan. Begitu juga dalam komuniti 'siber' yang akan diterangkan kemudian. komuniti 'siber' itu akan berada dala satu kawasan yang mengandungi dua atau lebih pengguna 'wireless' yang mempunyai motif yang sama iaitu menggunakan 'wireless' bagi kegunaan akademik dan sebagainya.
PENGGUNA ‘WIRELESS’ DAN
PENGGUNAANYA
Dalam kajian ini, penggunaan ‘wireless’ adalah
sangat tinggi iaitu hampir keseluruhan
penduduk di Negara Brunei Darussalam menggunakan ‘wireless’. Pengguna
‘wireless’ tersebut dapatlah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pengguna
yang berusia 18 tahun ke bawah, pengguna yang berusia 18 tahun ke atas dan
pengguna yang berusia 40 tahun ke atas. Adapun di sini, pengkaji menilai bahawa penggunaan ‘wireless’ itu
merangkumi pengguna yang berusia 18 tahun ke atas iaitu sebanyak 68 peratus.
Dari itu kajian komuniti ‘wireless’ ini difokuskan kepada pengguna yang berusia
18 tahun ke atas. Berikut adalah statistik mengenai peratus usia pengguna
‘wireless’ di Negara Brunei Darussalam:-
Pengguna ‘wireless’ berkenaan lazimnya menggunakan ‘wireless’ jenis
E-speed (TelBru) kerana ia dipercayai mempunyai kelajuan yang lebih baik
berbanding dengan Zoom Broadband (B-Mobile), DST Broadband dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, seperti yang telah diterangkan dalam bab sebelummnya,
‘wireless’ di Negara ini tidak begitu memuaskan berbanding dengan Negara-negara
lain.
KOMUNITI ‘SIBER’
Penggunaan ‘Wireless’ ini dilakukan dipelbagai tempat
seperti di rumah, sekolah, pejabat, kedai siber dan sebagainya. Secara
logiknya, penggunaan ‘wireless’ di rumah, sekolah dan pejabat tadi tidak mampu
mewujudkan kesatuan komuniti. Ini adalah berdasarkan makna komuniti itu sendiri
iaitu komuniti itu adalah satu kelompok atau kumpulan yang menggunakan satu
kaedah yang sama di satu tempat yang sama. Jadi jika dilihat tempat penggunaan
‘wireless’ seperti di rumah, sekolah dan pejabat tersebut belum mampu
mewujudkan satu komuniti kerana penggunanya berada di tempat yang berbeza-beza
dan tidak secara berkumpulan. Malah pengguna berkenaan lebih menggunakan
‘wireless’ secara berasingan dan bersendirian.
Berbanding dengan pengguna ‘wireless’ di kedai ‘siber’, penggunanya berada dalam satu tempat dan menggunakan kaedah yang sama iaitu teknologi ‘wireless’. Oleh kerana penggunaannya lebih kelihatan maka pengkaji menilai bahawa penggunaan ‘wireless di kedai ‘siber’ mampu mewujudkan satu komuniti iaitu komuniti ‘siber’ sesuai dengan tajuk kajian ini, teknologi ‘wireless’ mewujudkan komuniti ‘siber’.
Rajah di atas adalah statistik tempat penggunaan ‘wireless’ di
Negara Brunei Darussalam. Melalui statistik berkenaan, pengkaji memilih kedai
‘siber’ sebagai komuniti ‘wireless’ iaitu komuniti ‘siber’. Komuniti ini
lazimnya menggunakan ‘wireless’ atas keperluan akademik, bermain ‘game’
dan keperluan dalam rangkaian sosial. Namun aktiviti rangkaian sosial adalah
aktiviti yang paling banyak. Berikut adalah rajah statistik mengenainya:
Dalam aktiviti rangkaian sosial di atas, ia dapatlah dipecahkan
lagi kepada beberapa penggunaan iaitu seperti melayari facebook, twitter,
google, gaming dan youtube. Namun komuniti ‘siber’ tersebut
majoritinya melayari ‘facebook’ dan ‘google’ sahaja. Berikut adalah statistik
mengenai penggunaan ‘wireless’ dalam rangkaian sosial di kedai ‘siber’:
PENUTUP
Umumnya penggunaan ‘wireless’ adalah sangat meluas dan mampu
mewujudkan pelbagai jenis komuniti namun pengkaji hanya mengambil salah satu
komuniti iaitu komuniti ‘siber’. Komuniti ‘siber’ ini menggunakan teknologi
‘wireless’ sebagai fokus utama bagi komuniti berkenaan. Adapun komuniti ini
adalah komuniti yang tergolong dalam lingkungan usia 18 tahun ke atas yang
majoritinya melayari laman ‘facebook’ dan ‘google’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan