Blogger Widgets Teknologi 'Wireless' Mewujudkan Komuniti 'Siber': TEKNOLOGI 'WIRELESS'

TEKNOLOGI 'WIRELESS'


‘WIRELESS'
 
'Wireless’ merupakan penghubung dua peringkat yang tidak mengunakan media kabel. ia juga dikenali sebagai teknologi tanpa kabel. Dalam hal hubungan telekomunikasi pula, ia tidak perlu mengunakan media atau  kabel tetapi tetapi menggunakan gelombang elektromagnetik sebagai pengganti kabel.
 
Telekomunikasi ‘wireless’ pula merujuk kepada pemindahan maklumat di antara dua atau lebih ‘point’ yang tidak berhubung secara fizikal. Teknologi ‘wireless’ beroperasi dengan memberikan perkhidmatan yang mudah iaitu komunikasi jarak jauh untuk berhubung tanpa menggunakan wayar. Ia merangkumi pelbagai jenis aplikasi yang tetap dan mudah alih, termasuk radio dua-hala, telefon selular, pembantu peribadi digital (PDA) dan juga rangkaian ‘wireless’.
 
Selain daripada itu, beberapa contoh teknologi ‘wireless’ yang lain pula adalah seperti frekuensi radio, infra merah atau lebih dikenali sebagai Infra-Red yang digunakan sebagai alat transmisi data. Ia didapati dalam alat kawalan jauh televisyen atau berbagai alat kawalan jauh yang lainnya dan juga teknologi bluetooth yang merupakan modifikasi dari Frekuensi Radio. Ini berbeza dengan Infra-Red yang menggunakan cahaya medium. Manakala, Bluetooth merupakan teknologi ‘wireless’ standard yang berfungsi untuk pertukaran data dari jarak dekat menggunakan frekuensi radio sebesar 2,4Ghz.
 
 
SEJARAH ‘WIRELESS’
Pada tahun 1888, Heinrich Hertz menunjukkan kewujudan gelombang elektromagnetik yang merupakan asas kepada kebanyakkan teknologi ‘wireless’. Teori gelombang elektromagnet telah diramalkan dari penyelidikan James Clerk Maxwell dan Michael Faraday. Hertz menunjukkan bahawa gelombang elektromagnet yang mengembara melalui ruang dalam garis yang lurus, boleh dihantar dan boleh diterima oleh radas eksperimen. Kemudian Jagadish Chandra Bose pula membuat alat pengesan ‘wireless’ dan membantu meningkatkan pengetahuan tentang gelombang elektromagnet millimeter panjang. Aplikasi praktikal komunikasi radio ‘wireless’ dan radio teknologi kawalan jauh telah dibuat oleh pencipta terkemudian seperti Nikola Tesla.
 
RANGKAIAN ‘WIRELESS’
Dalam banyak-banyak jenis ‘wireless’, pengkaji telah memilih salah satu jenis Rangkaian ‘Wireless’, iaitu  Wireless Fidelity (WiFi) sebagai topik utama dalam penyelidikan ‘wireless’. Rangkaian ‘wireless’ merujuk kepada apa sahaja jenis rangkaian komputer yang tidak disambung dengan wayar dalam apa jua bentuk. Ia adalah satu kaedah yang dipanggil sebagai 'rumah' atau 'house' iaitu rangkaian telekomunikasi atau perusahaan (peniagaan). pemasangannya mengelakkan pemasangan yang mahal iaitu wayar dipasang ke dalam bangunan atau sebagai sambungan antara lokasi. Rangkaian telekomunikasi tanpa wayar secara umumnya dilaksanakan atau ditadbir menggunakan komunikasi radio mengikut struktur model rangkaian OSI. contohnya adalah seperti berikut:-

JENIS-JENIS RANGKAIAN ‘WIRELESS’
Seperti ‘wireless’ yang mempunyai banyak jenis, rangkaian ‘wireless’ juga meliputi pelbagai jenis. Antaranya adalah seperti berikut:
 
(a) Wireless Personal Area Networks (WPANs)
Wireless personal area networks (WPANs) merupakan rangkaian kawasan peribadi yang dihubungkan antara satu kawasan yang berpusat di sekitar ruang kerja seseorang individu yang mempunyai ‘wireless’. Biasanya, WPANs ini menggunakan teknologi yang membenarkan komunikasi dalam jarak kira-kira 10 meter atau dalam erti kata lain, jarak yang sangat dekat. Misalnya Bluetooth, ia digunakan sebagai asas untuk standard yang baru, IEEE 802.15. mana-mana dua pengguna WPANs berada di kawasan yang dekat (dalam lingkungan beberapa meter antara satu sama lain) atau dalam beberapa kilometer central server, mereka boleh berkomunikasi atau berhubung seolah-olah dihubungan dengan wayar kabel, walhal mereka menggunakan teknologi tanpa wayar.
 
Dua jenis teknologi bagi WPANs ialah Infra Merah dan Bluetooth (IEE 802.15). Ini membolehkan penyambungan pengguna peribadi dalam kawasan  seluas kira-kira 30 kaki walau bagaimanapun, Infra Merah memerlukan satu garis langsung dan jaraknya agak kurang. Perlu juga penting diketahui ialah pengguna WPANs boleh mengawal sesiapa sahaja yang ingin mengakses kawasan ‘wireless’ peribadinya.
 
(b) Wireless Local Area Networks (WLANs)
WLANs merupakan satu rangkaian wayarles di kawasan tempatan seperti kampus universiti  atau perpustakaan. Ia menghubungkan dua atau lebih pengguna pada jarak yang dekat dengan menggunakan kaedah pembahagian ‘wireless’ yang mana biasanya menyediakan sambungan melalui access point untuk mengakses internet. Penggunaan spread-spectrum atau teknologi OFDM membolehkan pengguna untuk bergerak dalam kawasan liputan tempatan (local coverage area) dan masih kekal disambung ke rangkaian ‘wireless’.
 
 WLANs juga dikenali dengan sinonim Wi-Fi (Wireless Fidelity) kerana Wifi Alliance yang merupakan persatuan perdagangan yang menggalakkan teknologi WLANs, telah mentakfrikan Wifi sebagai WLANs yang berdasarkan Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE).
 

(c) Wireless Metropolitan Area Networks (WMAN)
WMAN adalah ‘wireless’ rangkaian kawasan  metropolitan iaitu sejenis rangkaian ‘wireless’ yang menghubungkan beberapa WLANs. Teknologi ini membolehkan  sambungan pelbagai rangkaian dalam kawasan metropolitan seperti bangunan yang berbeza di bandar, yang boleh menjadi alternatif atau sandaran untuk meletakkan kabel tembaga atau wayar gantian. WiMAX (Worldwide Interoperability for Microwave Access) adalah jenis WMAN dan dijelskan oleh IEEE 802.16, iaitu satu siri standard Wireless Broadband yang dibuat oleh IEEE.

 
 (d) Wireless Wide Area Network (WWAN)
WWAN adalah rangkaian kawasan luas di mana kawasan yang berasingan liputan atau sel-sel disambungkan tanpa wayar untuk memberikan perkhidmatan kepada kawasan geografi yang besar. Perkhidmatan WWAN biasanya dihantar kepada telefon pintar dan lain-lain gadget pegang tangan yang dijual oleh pembekal perkhidmatan selular dan rakan kongsi pedagang kecil mereka tetapi gadget mudah alih yang lain juga boleh menggunakannya. Gadget WWAN mesti diperuntukkan secara spesifik untuk akses kepada rangkaian pembekal khidmat (service provider). Rangakain pembekal khidmat akan mengambil kira bil bagi roaming access yang melibatkan  pembekal rangkaian lain. Tiga teknologi WWAN ialah GSM/UMTS, CDMA One/CDMA2000 dan WiMAX.
 
 
 (e) Rangkaian Selular
Rangkaian selular atau rangkaian mudah alih ialah satu rangkaian radio diedarkan kepada kawasan tanah yang dipanggil sel-sel, masing-masing disampaikan oleh sekurang-kurangnya satu transceiver lokasi tetap, yang dikenali sebgai tapak sel atau stesen pangkalan. Dalam satu rangkaian selular, setiap sel secara karakteristik menggunakan set radio frekuensi yang berbeza dari semua sel-sel jiran terdekat mereka bagi mengelakkan sebarang gangguan. Apabila dicantumkan bersama, sel-sel ini memberikan liputan radio di seluruh kawasan geografi yang luas. Ini membolehkan sebilangan besar penerima mudah alih (contohnya, telefon bimbit, alat keloi/pagers dan lain-lain) untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dan dengan penerima tetap dan telefon mana-mana sahaja dalam rangkaian, melalaui stesen pangkalan, walaupun sesetengah daripada penerima bergerak melalui lebih daripada satu sel semasa penghantaran.
 
 
Walaupun pada asalnya bertujuan untuk telefon bimbit, dengan perkembangan telefon pintar, rangkaian telefon selular secara rutin telah membawa data lain disamping perbualan melalui telefon seperti Global System for Mobile Communication (GSM), Personal Communications Service (PCS) dan Digital Adavanced Mobile Phone Service (D-AMPS).
 
PERBANDINGAN JENIS RANGKAIAN ‘WIRELESS’
Secara ringkas, perbandingan jenis rangkaian ‘wireless’ dapat dilihat dari segi liputannya, perlaksanaannya, standardnya serta aplikasinya.
 
(a) WPAN

Liputannya dalam jangkauan seseorang yang memepunyai pelaksanaan sederhana dan mempunyai standard Moderat Bluetooth, IEEE 802.15 dan IRDA pengganti kabel untuk peralatan serta menggunakan aplikasi penggantian kabel untuk peralatan.

(b) WLAN

Liputannya dalam satu bangunan, sekolah atau kampus yang mempunyai pelaksanaan tinggi dan mempunyai standard IEEE 802.11, WiFi dan HiperLAN. Aplikasinya digunakan dengan penyambungan mudah alih rangkaian berwayar.

(c) WMAN

Liputannya sering dipakai dikawasan Bandar yang mempunyai pelaksanaan yang tinggi dan mempunyai standard hak milik,  IEEE802.16 dan WiMAX. Aplikasinya pula sebagai wireless’ tetap antara rumah,  bisnes dan internet.

(d) WWAN

Liputannya sering dipakai oleh seluruh dunia yang mempunyai pelaksanaan yang rendah dan mempunyai hak milik,  IEEE802.16 dan WiMAX. Aplikasinya adalah akses mudah alih ke internet dari kawasan luar.

 
RANGKAIAN ‘WIRELESS’ (WIFI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM)
 
Pengkaji telah memfokuskan kajian ini terhadap rangkaian ‘wireless’ iaitu wifi di Negara Brunei Darussalam yang beroperasi di bawah pegangan perusahaan-perusahaan yang memberikan pelbagai khidmat iaitu seperti perusahaan DST, perusahaan B-Mobile, perusahaan TelBru dan perusahaan AITI. Perusahaan-perusahaan ini merupakan sektor swasta yang menawarkan khidmat ‘wireless’, namun setiap perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Dengan adanya perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dari perusahaan tersebut, ia telah mewujudkan beberapa komuniti yang menggunakan perkhidmatan yang sama. Adapun di Negara Brunei Darussalam pengguna ‘wireless’ adalah cukup besar iaitu sebanyak 100 peratus mengikut peringkat usia dan mengikut pelbagai bidang yang dilayari.
 

Melalui soalan kaji selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa pengguna ‘wireless’ di Negara Brunei Darussalam itu adalah sangat meluas dan besar. Pengguna ‘wireless’ ini menggunakan pelbagai jenis ‘wireless’ yang ditawarkan oleh salah satu perusahaan yang memberikan khidmat ‘wireless’ iaitu DST, B-Mobile dan TelBru. Khidmat ‘wireless’ ini dikeluarkan oleh perusahaan AITI iaitu Industri Teknologi Info-Komunikasi.

 
Setelah setiap perusahaan mendapat khidmat ‘wireless’ daripada pihak AITI barulah perusahaan-perusahaan seperti DST, B-Mobile dan TelBru tadi akan mengeluarkan perkhidmatan ‘wireless’ nya dengan nama yang berbeza-beza mengikut kehendak pengeluar tadi. Misalnya perusahaan DST mengeluarkan khidmat ‘wireless’ dengan nama ‘Go! Broadband’ , B-Mobile pula dengan nama ‘Zoom Broadband’ dan TelBru mengeluarkan khidmat ‘wireless’ dengan nama ‘E-Speed’. Penerangan yang lebih lanjut mengenai perusahaan-perusahaan pengeluar khidmat ‘wireless’ akan dterangkan dengan lebih lanjut dalam bab yang akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan