Blogger Widgets Teknologi 'Wireless' Mewujudkan Komuniti 'Siber': PENGENALAN

PENGENALAN

‘Wireless’ adalah teknologi moden tanpa kabel. Ia melibatkan hubungan telekomunikasi dengan menggunakan gelombang elektromagnetik sebagai pengganti kabel. Kini ‘wireless’ semakin berkembang maju dan penggunaanya semakin meluas khususnya di negara-negara Asia dan Eropah. Ia sering digunakan untuk akses internet. Adapun penggunaan ‘wireless’ masa kini semakin penting bagi semua lapisan masyarakat dan tidak terkecuali masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Penggunaan ‘wireless’ ini pada akhirnya mewujudkan beberapa komuniti khususnya komuniti ‘siber’ kerana komuniti ini menjadikan teknologi ‘wireless’ sebagai kaedah yang paling utama.

Teknologi ‘wireless’ ini mengalami perubahan dan perkembangan dari masa ke semasa. Namun di Negara ini teknologi ‘wireless’ tidak begitu memberangsangkan bahkan timbul beberapa isu mengenainya. Adapun langkah-langkah bagi pihak yang berkenaan semakin diperbaiki dan dipertingkatkan.



TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada:


*     Melihat perkembangan teknologi 'wireless' di Negara Brunei Darussalam.

*     Menilai sejauhmana ia boleh mewujudkan komuniti 'siber'.

*     Mengkaji penggunaan  teknologi 'wireless' dikalangan komuniti 'siber'

*     Membandingkan teknologi wireless di Negara ini dengan Negara  Asing samaada di Asia mahupun di Negara-negara Eropah.
 

 
'wireless' bagi pengguna di Negara Brunei Darussalam
 
 
KEPENTINGAN KAJIAN
 
Dalam kajian ini penelitian mengenai teknologi ‘wireless’ dan komuniti ‘siber’ telah menjadi tumpuan utama. Walaupun berkemungkinan tidak begitu lengkap atau sempurna namun sekurang-kurangnya kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi mereka yang memerlukannya. Adapun kajian‘wireless’ ini sangat besar dan sungguh meluas. Dari itu pengkaji menyentuh pelbagai jenis ‘wireless’ di Negara Brunei Darussalam yang pada akhirnya mampu mewujudkan sebuah komuniti iaitu komuniti ‘siber’.
 
 
penggunaan 'wireless'

 

Mewujudkan komuniti
 
KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah utama iaitu kaedah perpustakaan, kaedah temubual dan kaedah kaji selidik. Sebelum pengkaji turun untuk membuat kajian lapangan, pengkaji terlebih dahulu melakukan pemeriksaan mengenai tajuk yng hendak dikaji melalui beberapa buku-buku yang berkaitan dan juga melalui laman sesawang. Setelah melalui beberapa prosedur sebelum bertemu pihak-pihak yang hendak ditemubual dan mendapat surat kebenaran daripada pihak Universiti, barulah pengkaji turun padang untuk membuat kajian lapangan. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan kaedah temubual dengan mengutarakan beberapa soalan. Dalam pada itu pengkaji juga turut mengedarkan kertas kaji selidik mengikut peringkat usia kepada beberapa kampung dan kedai-kedai ‘siber’ di Negara Brunei Darussalam.


MASALAH KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini, umumnya terdapat beberapa masalah dalam mengendalikannya. Namun masalah utama adalah terdapat beberapa pihak terutama pihak swasta yang berhubung kait dengan perkhdmatan ‘wireless’ tidak memberikan kerjasama meskipun pengkaji sudah memberikan surat kebenaran daripada pihak Universiti. Selain itu, tidak banyak buku-buku atau jurnal-jurnal yang menerangkan tentang teknologi 'wireless' dengan terperinci sehingga pengkaji terpaksa menemui pakar dalam bidang berkenaan.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan